Bidang tugas dan fungsi Kementerian_Perdagangan_Dalam_Negeri_dan_Hal_Ehwal_Pengguna_Malaysia

KPDNHEP mengawalseliakan perdagangan dalam negeri melalui:

  • Penentuan dan pemantauan harga barang-barang perlu;
  • Perlesenan dan pengawalan pengeluaran, pengedaran dan penjualan barang-barang perlu;
  • Hal ehwal perlindungan pengguna;
  • Urusan berkaitan harta intelek yang meliputi hak cipta, cap dagangan, paten dan rekabentuk perindustrian;
  • Perlesenan bagi penjualan dan pengedaran barangan petroleum dan petrokimia;
  • Penyelarasan dasar: peraturan dan aktiviti-aktiviti berkaitan keselamatan industri petroleum, petrokimia dan gas;
  • Pelesenan urusniaga jualan langsung;
  • Membanteras penyelewengan dalam perdagangan ;
  • Perlaksanaan peraturan timbang dan sukat;
  • Pendaftaran dan penyeliaan syarikat dan syarikat-syarikat amanah;
  • Pendaftaran dan penyeliaan perniagaan-perniagaan;
  • Penggubalan dan pengkajian dasar dan strategi berkaitan pembangunan perdagangan dalam negeri, kepenggunaan dan harta intelek.